|
|
 |
 |
Monday, May 14, 2007
2007:Tahun Melawat Malaysia(Kelantan)
Dah lama terfikir nak menulis tentang bahasa kelantan, cuma masa saje yang tak mengizinkan. Nasib baik ada sorang member forwardkan 'kamus' kelantan nih. Bagi touch-up skit2 nampak lawa..baru syokk..layannn..
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah - mengenyam, gedik
saksoba - Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh - buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte - rambutan
kuk/kok - sekeh
njja - tendang
samah - 50 sen
nyaknyo - kesian
bbaloh - kelahi
Ggaduh - nak cepat (double `G' means sabdu)
debe - berani gilerr
Bekwoh - kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok - buang
rhukah - panjat
Ghohok - susah, payah
hungga - lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh - curah
getek/etek - juga
tepoh - langgar
tubik - keluar
SIAK DUK GGOBAR - Jangan risau.. Don't worry,be happy!!!
IDAK KO - cuma
WAK GGOGHI - Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH - Kalau ya pun
Jjughuh - baik (jjughuh budok tu - baik budak tu)
Kelaghing - kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas - melekit
klikpah klikpah - terpinga pinga
lipotey - x tetap duduk
nneting - melantun
Kelantan + English?? = "Kelantalish" Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (result),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)
Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik. Antaranya:
YAK - lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? - memohon restu atau persetujuan... lebih kurang "OK?",
GAK - lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? - lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) - "yalah.." atau "yes"
DOCK? - lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it? "
LAMO KE - nanti kan
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain... Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
NYOR KOTE : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE... )
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK... )Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antara kawan... cuba direct translate jadi BINATANG. Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA = sembuh
Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan `e'. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male
BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)
Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless)
Itu saja kot,penat weh nak tulis sambil nak kaler nih. Untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Malaysia ni apa kata kita senaraikan nama2 yang perlu di tag plak. Nama2 yang disenarai perlu membuat kamus Tahun Melawat Malaysia versi negeri masing2 ok.Seperti biasa,rule sama saja; sape2 yang tak buat tag nih adalah "party pooper". nasib ah..hahaha..
Kedah:Kak Aida,Lediagli, Datin T
Sarawak:Bro Paroe
Perak:Odja
Selangor:Dimas
Sapa2 yang membaca entri ini juga diwajibkan untuk meneruskan 'kamus' ini. To Bro Paroe,plz tag P5 n WAB...wahhaha..secam best jek..
Entry kali ini khas ditujukan buat bakal isteri saya,lepas nih kena rajin2 praktis ok. Tak sempat nak ajar direct hehhe..online saja la.
Posted at 5/14/2007 1:07:03 am by n@zIf
tekan la kalo brani!!
Friday, May 11, 2007
Kawan-kawan, aku terlupa aku mempunyai emel peribadi;hotmail,yahoo dan streamyx. Kawan-kawan, aku terlupa aku mempunyai talian telefon berangkai 3,telefon rumah dan 2 telefon tangan dikocek seluar. Kawan-kawan, aku terlupa aku memiliki akses tanpa sempadan pada dunia ini aka internet yang menghubungkan aku pada blog ini dengan blog kawan-kawan sekelian. Oleh kerana virus terlupa ini aku tidak dapat mengemaskankinikan perkembangan semasa mahupun menyemakkan halama-halaman kawan-kawan. Oleh kerana virus terlupa ini juga membuatkan aku endah tak endah pada apa yang berlaku di dunia sekitar aku.
Bebanan kerja yang terpaksa aku tanggung di pejabat semakin bertambah, tanggungjawab semakin besar walaupun gaji dan gelaran buruh kontrak tetap sama. Apa yang aku kisahkan cuma melangsaikan kerja2 di pejabat dan menyeimbangkan akaun hari ke hari walaupun aku tiada sebarang sijil pun dalam kursus perakaunan. Menyelesaikan masalah kerja rakan-rakan sepejabat satu kepastian bagiku. Kehidupan seharian banyak di habiskan di pejabat cuma: bermula jam 0900 hinggalah hampir-hampir mencecah 2400. Wajarkah aku memindahkan barang-barang peribadiku ke pejabat? Baju kerja boleh digantung di tandas, habis saja makan tengahari senang saja tukar uniform yang lain. Alat-alat mekap boleh diletak saja dalam sinki tandas ataupun bilik surau mahupon pantri sempit itu. Seluar dalam boleh saja dilipat dalam laci mejaku,sementelah aku memiliki 3 laci,satu didalam bilik dan dua disebelah meja bos. Jika penuh juga, bisa saja aku tumpang laci bos. Lantaran sikap-sikap fanatik aku pada kerja telah melayakkan aku untuk menghadiri satu temuduga bagi jawatan pegawai,kekosongan di bahagian aku sendiri. Sudah pasti aku mempunyai kelebihan, lebih2 lagi aku mendapat sokongan kuat daripada pengurus besar ku walhal kelulusan akademikku cuma sekerat jalan saja. Hari rabu lepas hari temuduga ku tapi aku gagal hadir pada masa yang ditetapkan. Temuduga sepatutnya bermula 0930 tapi aku masih tercegat dalam hujan menunggu teksi-teksi yang kasihan melihatku melambai2 tangan. Hujan yang turun di hari itu seakan-akan menangis meratapi nasibku,atau apakah aku di ketawakan lantaran sikap endah tak endah aku. Aku melangkah masuk ke pejabat pada 1020, satu jarak masa yang agak berat untuk aku terima. Merayu; satu cara saja untuk aku menghadiri temuduga. Tapi untuk menghadiri temuduga saja aku masih tercari-cari keyakinan diri, apatah lagi dengan kelewatan aku adakah aku masih boleh berdepan dengan penemuduga dan meyakinkan mereka untuk menerima alasan remeh ku. Yakin diri yang sejak awal tidak berpijak di dunia nyata semakin bertambah, ditambah lagi dengan sikap endah tak endah aku membuatkan temuduga pada hari itu berlalu dengan cepat bagi kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan sepejabat memarahiku lantaran sikapku walhal namaku antara yang teratas dalam senarai pencalonan. "Biarlah,aku mahu melihat kawan-kawanku berjaya dahulu" Kataku pada kawan-kawan,tapi perasaan kesal dan terkilan ada sedikit terpalit di benakku. Biarlah, yang lepas biarlah lepas. Mungkin nasib dan rezekiku lebih murah dilain waktu atau di tempat lain. Maafkanku keluarga, maafkanku kekasih, maafkanku kawan-kawan.
Menjelang minggu hadapan aku akan di tukarkan ke pejabat baru. Lokasinya ditengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur. Betul-betul berhadapan pub dan disko Bukit Bintang. Aku di tempatkan di Wisma KFC, setentang saja dengan Victoria Station. Benar-benar cerah diwaktu siang mahupun malam. Moga-moga perubahan ini sedikit sebanyak akan merubah kehidupan kerjaya aku. Oh ya,tadi baru saja balik dari kerja tadi aku terbaca satu notis. Bahagian Sumber Manusia mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan pegawai pada sabtu ini. Mungkin untuk menampung kekosongan dari ketidakhadiran aku tempoh hari. Kelayakan yang diperlukan sudah tentu aku tak terjangkau,tapi patutkah aku mempertimbangkan untuk hadir sama? Kawan-kawan, patutkah aku hadir?
Kuatkan Semangat, Teruskan Berusaha!!
Posted at 5/11/2007 1:25:17 am by n@zIf
tekan la kalo brani!!
Thursday, April 19, 2007
Bukannya jemu tapi kukepenatan
Kau pun rasa seakan aku abaikan
Tak menyangkakan terjadi gelora
Melebihkan duniaku jadi puncanya
Melupakan semua seperti yang kau minta
Bagiku kehilangan cinta
Hidup berjauhan makin merenggangkan
Selalu kutinggalkan kau kesorangan
Tak menyangka hatimu telah kuluka
Ku takut hari depanku hilang arahnya
Melepaskan semuanya bukan sesuatu yang mudah
Tak mahu kukehilangan cinta
( korus )
Maafkanlah sekali lagi
Bukan ingin kusakiti
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Kumohon sekali ini
Teruslah merajai hati ini oh...
Bukannya jemu tapi kukepenatan
Kau pun rasa seakan aku abaikan
Tak menyangkakan hatimu 'kan terluka
Melebihkan duniaku jadi puncanya
Melupakan semua seperti yang kau minta
Bagiku kehilangan cinta
Maafkanlah sekali lagi
Tak ingin kuakhiri
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Mohon sekali ini
Teruslah bertakhta di hati ini oh...
Maaf... Maaf... Maaf...
mood:misai dah 5ari tak potong,satu jerawat kat kiri satu kat kanan,satu lagik btol2 atas idung..mcm badut..adehh!!
Posted at 4/19/2007 1:49:20 am by n@zIf
tekan la kalo brani!!
Sunday, March 18, 2007
akhirnye..minggu nih dapat gak aku bercuti dihujung minggu. 2ari cuti dihujung minggu nih sempat la aku mengabihkan kelas amali keta aku yang tertunda sejak 1 bulan lebih..tapi siot btol..instructor tu cakap lesen L aku maybe siap dalam 1-2 weeks lagi..damn!! tgh semangat nak perabih cepat2 belajar memandu..aku plan,sebelom masok keje bleh drive kejap..kebetulan time keje aku masok keje kol 11..bleh lepak2 dulu hehehe..next month dapat bonus..dalam kepala nih tgh pikir nak buat ape..mao bayar bil2 tertunggak yang ada, mao bayar lebih sket untuk lesen, mao repair itu motor kapcai, mao simpan untuk kawen besok, mao setel itu saman(CET!!), mao bayar yuran study lagi pastu mao plan cuti2 mesia kejap..uikkss..banyak sgt ke bonus nih..(tgh garu kepala nih)
cakap pasal cuti2 mesia nih, aku memang lama gile berangan nak bercuti sejak keje belambak2 kat opis sampai kene keje gak on weekends. tgh berangan mao pegi pulau or pantai...bleh duduk tepi laut sambil baring2..pakai suar pendek sambil minum ice lemon tea takpon air kelapa..angin sepoi2..bleh nyelam sambil tgk ikan..bleh berenang puas2.. Bile malam bleh buat bbq, lepak ngan awek2 kat situ..fuhhh..best!!! nak aje pegi time skang hehehe..kalo la ade sape2 baek ati nak bagi aku hadiah percutian camnih.. ;b
ari sabtu ari tuh lepas klas amali keta balek umah kejap untuk tdo. jumaat mlm tu pegi uptown sampai kol 4pagi tdo(nanti aku cite pasal g uptown nih) tak cukup beb heheh..tdo kejap je pastu member ajak kluar jln2 cari makan..mkn kenny rogers kat d'mall...rancang nak masok pwtc tgk matta fair tapi ramai gile org beratur nak masok..trus kensel hehehe..sori kak aida,kitorg tak sempat nak dtg jenguk u hehehe..nanti kitorg ajak mkn kuetio ok(if your bp dah ok hehehe)..then jln2 jap pastu balek..weekend nih aku baru sedar aku ada perkara2 yang aku tak suka(aku kan jenis selamba aje kan)
AKU BENGANG
-bile org silap sebut nama aku-susah sgt ke nak sebut nama aku-A-H-M-A-D-N-A-Z-I-F
-bile org lain tanye bapak aku prof ke-aku cuma geleng kepala aje-kalo bapak aku prof pon ape yang korang nak tau sgt!!
-bile ada apek/nyonya tegur aku mase aku tgh jln2 kat luar-aku jawab;sory,i cant understand mandarin.im malay-pastu ada plak amoi/awek gelakkan aku kat tepi tuh..aku buat bodo je..tapi dalam ati aku-FUCK U GIRL!!-
those thing btol2 membuat aku meluat..those yang mintak maaf its ok..tapi yang buat bodo tu la yang aku rasa nak tumbuk jek..nasib baek aku nih selamba jek..
oh ye..cite last thursday yang aku kene halau balik umah kene tukar baju tu..aku masok keje pukol 3...hahaha..otai sunggoh aku..tapi kat opis skang dari 1430 sampai 1530 keje memang dah abes..tapi yang bestnye aku pakai tali leher masok opis..keje clerk je beb mana ada pakai tie maa..kawan opis aku siap gelak guling2 kat opis..dan aku dengan muka katon aku pakai tie sampai balik keje kol 2130..hhehehe..tapi aku pakai jeket satu ari tu..malas aku nak gadoh ngan bos minggu nih dah..
starting esok, sbb and bcb baru btol2 merge..yang bermakna keje2 dari sbb kitorg akan handle..ada 6staf dari sbb yang diserapkan dalam dept aku..tgk nama sume amoi..hohoho...i like this!!!
Posted at 3/18/2007 9:11:05 pm by n@zIf
tekan la kalo brani!!
Thursday, March 15, 2007
woooo...lama gile ah tak update blog nih..sori yek kekawan,bizi teramat la bizi sampai nak baca emel pon tak sempat. buat penat aku jek membayo streamyx nih tapi tak terguna. anyway, last 2 month nih aku keje derek tak cuti..sabtu ahad pon kene keje..bulan nih bleh tarik napas sket pasal dah kurang keje sket.
skang nih pokol 120 tghr..aku bokan di opis skang tapi di cc. camne aku bleh ada kat tempat ajaib nih??hahahahha...nih cite bestnye :
arakian kesahnye,aku keje nonstop tetiap ari..masok kol 9pagi balek kol 11mlm. sampai umah trus tebungkang tdo tak sedor sampai besoknye..so nye,mesin basoh kat umah plak rosak la kan..teman ni plak tak main basoh baju ngan tangan nih..dah tak reti nak basoh ngan tangan. weekend je aku sempat g dobi coin..so disebabkan kepenatan n ketenatan aku bekerja siang mlm pagi petang nih..baju keje pon tak terbasoh la jawabnye..hehehe..
cukup ari nih segala-mala stok pakaian baju kerja underwear aku pon abeh laa..hohoho..nervous laa rase..teman pon terpaksa la bangun awal gile kol 8pagi untuk kekedai dobi tuh..membasoh le segala-mala pakaian jadah tuh.dah abeh tuh jemur la kat umah..nak la siap nak gi keje kan..sekali tgk loker..opppss...loker suda clear daa..hahha..
maka aku dengan bangganye menyarong baju anseri kale kuning tuh ngan jeans lusoh aku tuh dengan berkasot keje...wahahaha.dah macam mamat bangla dah aku rase nih..denga selambanye pegi la keje..eksyen nih... pakai baju cantek ari nih..budak2 kat opis sume dah pelik..aku buat muke bangga jumpe ngan bos.
bos: hah..nih pehal lak ko nih?
aku: baju abes la bos..sume baru basoh pagi tadi blom kering eheheh..(muke bangga nih)
bos: mana bleh pakai camni..ko pegi balek tukar baju skang
aku: dah takde baju camne saye nak pakai?(muka bangga lagi nih)
bos: dah takde baju pegi la beli skang
aku: hui...mana ade duet dah nak shopping nih bos..saye amek EL aje la ari nih heheh
bos: abis tuh nak bagi alasan takde baju nak dtg keje..byk cekadak ko
aku: kalo camtu saye balek tunggu baju kering la bos..bleh dak
bos: haa...bleh la..lambat sket aje..lepas lunch masok la balek
aku; lambat banyak la bos..230 yek
bos: yela yela..asalkan ko datang keje..
aku: wokey bos..(sambil tersenyum bangga)
maka aku pon balek la..sempat lagik babai2 kat budak2 opis tuh..hahaha..sonye aku pree skang..sempat tdo lagi nih..hahhaha
adegan diskusi aku ngan bos aku pagi tadi tu telah di edit sket2..aku pon dah lopa aku buat lawak katon ape pagi tadi hahaha..sonye jap lagi masok opis aku nak pakai tali leher plak..ari nih rasa nak buat adegan sengal2 jek hehehe..
sila refer post yang lepas: kan aku penah cite aku nak berenti kalo bos bagik kontrak lagi untok renew keje. semalam tgh sebok keje bleh bos letak depan aku yang tgh kalot perabeh keje..dey bos..malam karang pon bleh bagi la..best tak aku sound bos aku..kontrak dah sebulan expired baru nak bagi..aku sign lagi sebulan la kontrak baru tu baru bagi bos hehehe..
mao balek angkat baju kering..naseb baik aku tak terlepas cakap spender pon suda abes hahahahah!!
Posted at 3/15/2007 11:58:12 am by n@zIf
tekan la kalo brani!!
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|